Thursday 9 March 2017

Sembang U- prince series, Foxy Pilot. Cite Thai niii...

Hai gais...

Semalam, aku duk selongkar segala jenis file yang wujud kat laptop aku sejak zaman dulu kala. Yelah, tengah cari ilham nak tulis apa kat sini jadi aku pun decide jelah tulis lagi pasal drama yang korea ke china ke taiwan ke thailand ke... nampak tak betapa aku gigih nak tulisnya!

Kat entri ni aku nak cite pasal drama thai ataupun orang 'sana' panggil lakorn. Kdrama dah yang drama China pun aku pernah tulis jadi terhengen jugak nak tulis pasal drama thai ini. 

Yang aku tengok ni U- prince series. Drama berepisod tapi episod nya takdelah panjang sangat kayak sinetron tu. Yang aku tengok ini Part 6, Foxy Pilot. Kenapa? Sebab aku rasa yang ni paling best... kena dengan jiwa aku yang tak berapa nak betul ni. Ops!



Cerita dia macam ni gais... 
Yang lelaki ni nama dia Hawk, budak 
fakulti kejuruteraan sekaligus student tahun akhir 
sebelum kerja sebagai pilot.




Girl ini pulak nama dia, Aurora. Budak satu uni
dengan Hawk tapi lain fakulti.
Aurora selain pelajar dia juga selebriti. Kebetulan,
bapak si Aurora ni pemilik syarikat kapal terbang 
yang Hawk apply nak kerja.



Bapak si Aurora ni baik punya pelan dia
pi suruh Hawk ni 'jaga' Aurora 
sebagai syarat Hawk diterima kerja.



Budak Hawk ini pi reda aje ikut skrip, setuju jelah
untuk tengok- tengokkan Aurora.



Aurora ni boleh tahan 'manja' jugaklah
sampai Hawk pasrah je
ikut cakap dia. Hahaha!



Yang aku suka, Hawk ini memanjang aje serius dia.
Selalu dengan muka sejuk- beku dia. Cukup pakej
susah nak senyum lepas tu tahap
sombong dia melangit.
Nampak cool, haha!



Hawk ini dah macam bodyguard si Aurora.
Selebriti pun ada haters gais.



Hawk tunjuk aje tak suka dekat Aurora
sebenarnya suka kat girl ni.



Aku suka lelaki yang pakai jacket hitam tu.
Alahai, dah lupa nama dia. Serius, 
dia memang lawak.
Lagi -lagi part lepas dia bertumbuk dengan Hawk. 
Ops?!


Kalau korang perasan, Hawk selalu pakai
baju warna putih. Ya, mostly dalam cite ini
dia pakai baju warna putih.


Apasallah aku letak gambar ni kat bawah? Patutnya
aku letak kat atas. Paling bawah pulak tu. 
Haih...

💗💗💗💗💗
Hero - Heroin...
Jirakit Thawornwong: Hawk
Baitoei Zuvapit: Aurora

Keseluruhan episod: 4
Aku bagi 5 bintang. 😘
Antara sebab patut ditonton: 
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!
Besttttt!!!!

That's all for tonight. Thank you for reading this gais.











No comments:

Post a Comment